Penjelmaan Dashboard Psikometrik pada tahun 2023 atas keperluan mendesak penggunaan data psikometrik dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkualiti berdasarkan kepelbagaian personaliti murid. Jawatankuasa Pembinaan Dashboard Psikometrik ketika itu terdiri daripada 13 orang (Pegawai PPD, Guru Bimbingan dan kaunseling, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan Jurutenik Komputer) iaitu Hj. Muhammad Badron bin Othman, Nurul Faizurin binti Mohd Noor, Affaiza binti Dawam, Siti Norsaidatul Fatimah Binti Maasom, Shazana Binti Saharudin, Nik Norazian Binti Nik Abdullah, Azean Binti Othman, Nur Sabrina Binti Roslan, Rethna A/P Mathivalan, Norhaida Binti Ibrahim, Huzaimi Bin Mat Zali, Zazila Binti Pati dan Mohd Hizhamzhe Bin M. Rosley. Dashboard Psikometrik ini telah berjaya merangkul Johan dalam Persidangan Kaunseling Peringkat Antarabangsa pada tahun yang sama. Namun, cadangan penambahbaikan penggunaan dashboard diambil serius maka penjenamaan semula Dashboard Psikometrik kepada Integrasi Perisian PPSi Tampin (IPPiT) diluncurkan pada tahun 2024.
Integrasi Perisian PPSi Tampin (IPPiT) merupakan satu paparan dashboard yang ditambahbaik dengan menggunakan data pentaksiran Psikometrik sebagai data asas bukan sahaja untuk membantu proses pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 tetapi juga untuk pengurusan kokurikulum, pengurusan hal ehwal murid serta pengurusan sumber manusia yang boleh digunakan oleh warga pendidik di sekolah
Merupakan salah seorang Pegawai daripada Unit Pengurusan dan mempunyai latarbelakang Guru Kaunseling.
Beliau merupakan seorang pesara Timbalan di PPD Tampin dan minat beliau membawa Psikometrik ini ke arah yang lebih baru.
Beliau merupakan seorang pembimbing yang berjiwa besar dan merupakan salah seorang pegawai yang menyokong usaha ini
Terdapat 6 aplikasi Psikometrik untuk anda pilih bagi mendapatkan informasi yang diinginkan. Setiap pilihan memerlukan anda untuk memasukkan data dan data yang telah diisi boleh dilihat mengikut pilihan yang diingini.
Inventori Personaliti Warna merupakan satu instrumen yang digunakan untuk mengenalpasti 4 jenis personaliti berdasarkan 4 jenis warna. Secara umumnya setiap individu mempunyai keempat-empat personaliti ini namun skor pada personality warna yang tertinggi mewakili personaliti dominan individu. Keempat-empat personaliti warna itu ialah;
Inventori Minat Kerjaya merupakan satu instrumen yang digunakan untuk menentukan minat kerja individu berdasarkan Teori Pemilihan Kerjaya Holland. Teori ini menumpukan kepada aspek personality peribadi dan tingkahlaku dalam persekitaran kerjaya. Ia dapat menunjukkan perkaitan antara minat individu dengan persekitaran kerja. Inventori ini dibahagikan kepada 6 kumpulan personaliti individu iaitu
IKP
Inventori Kecerdasan Pelbagai merupakan satu instrumen yang menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai bagi membezakan kecerdasan mengikut kelompok tertentu dan bukan melihat kecerdasan hanya kepada keupayaan yang tunggal. Individu seharusnya mempunyai beberapa kemahiran untuk menyelesaikan dan menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat secara efektik. Inventori Kecerdasan Pelbagai mempunyai 8 jenis kecerdasan iaitu;
Inventori Kecerdasan Pelbagai (Rendah) merupakan satu instrumen yang menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai bagi membezakan kecerdasan mengikut kelompok tertentu dan bukan melihat kecerdasan hanya kepada keupayaan yang tunggal. Ia digunakan untuk sekolah rendah Individu seharusnya mempunyai beberapa kemahiran untuk menyelesaikan dan menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat secara efektik. Inventori Kecerdasan Pelbagai mempunyai 8 jenis kecerdasan iaitu;
Inventori Tret Personaliti merupakan satu instrumen untuk memastikan ciri peribadi individu selaras dengan keperluan pekerjaan. Keselarasan antara ciri peribadi dan keperluan persekitaran pekerjaan penting untuk proses merancang kerjaya. Tret Personaliti yang diukur ialah;
Instrumen Pengelasan Pendekatan Intervensi merupakan satu instrumen yang digunakan untuk merancang dan melaksanakan intervensi yang sesuai berdasarkan pengelasan pendekatan iaitu;
INSTRUMEN
DIGUNAKAN
SEKOLAH
MENENGAH
DAERAH TAMPIN
SEKOLAH
RENDAH
DAERAH TAMPIN
matlamat
UTAMA
pendidikan
Disini merujuk kepada pengumpulan dokumentasi dan modul bagi permudahkan rujukan dalam proses kajian dan penggunaan data Psikometrik ini. Sila membuat pilihan mengikut tab yang telah disediakan bagi pemilihan dokumen.
Merujuk kepada soalan-soalan yang pelbagai mengenai Psikometrik, kami kumpulkan soalan-soalan utama yang bermain difikiran anda untuk dijadikan FAQ dan dijawab terus dilaman web ini. semoga persoalan ini dijawab dan membantu anda untuk lebih memahami mengenai IPPSi kami ini.
Psikometrik merujuk kepada bidang yang berkaitan dengan pengukuran aspek psikologi individu, seperti kebolehan, personaliti, dan sikap. Pengukuran ini dilakukan melalui pelbagai alat atau ujian yang direka untuk mendapatkan data yang objektif mengenai ciri-ciri psikologi seseorang.
Kepentingan Psikometrik.
Ujian psikometrik biasanya digunakan untuk tujuan-tujuan berikut:
1. Penilaian Kebolehan atau Kemahiran: Mengukur kebolehan kognitif, seperti ujian IQ atau ujian kebolehan verbal, matematik, atau logik.
2. Penilaian Personaliti: Mengukur dimensi personaliti seseorang.
3. Penilaian Sikap dan Minat: Menilai minat, keutamaan, dan sikap seseorang terhadap pelbagai aktiviti atau persekitaran kerja.
4. Pemilihan Kerjaya: Banyak digunakan oleh sekolah untuk membantu dalam proses pemilihan elektif bagi memastikan kesesuaian murid dengan persekitaran kerja.
Alat ujian psikometrik perlu memenuhi piawaian tertentu untuk memastikan ia sah (mengukur apa yang dimaksudkan untuk diukur) dan boleh dipercayai (menghasilkan keputusan yang konsisten).
Ujian psikometrik boleh digunakan oleh pelbagai pihak dalam pelbagai konteks. Berikut adalah beberapa kelompok yang boleh menggunakan psikometrik:
1. Ketua Jabatan:
o Pembangunan Profesionalisme Pekerja: Ujian psikometrik juga digunakan untuk menilai keupayaan pekerja sedia ada dan mengenal pasti keperluan latihan atau pembangunan mereka.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling:
o Terapi dan Pembangunan Peribadi: GBK juga menggunakan ujian psikometrik untuk memahami personaliti dan memberikan sokongan dalam pembinaan diri atau terapi kepada klien.
3. Guru:
o Penilaian Pelajar: Guru dan pendidik boleh menggunakan ujian psikometrik untuk menilai kebolehan, minat, dan kecenderungan pelajar. Ini membantu mereka merancang pengajaran yang lebih sesuai dan memenuhi keperluan pelajar dengan lebih baik.
o Mengenal Pasti Pelajar Berkeperluan Khas: Ujian psikometrik juga boleh membantu dalam mengenal pasti pelajar yang memerlukan sokongan pembelajaran tambahan atau pelajar yang mempunyai kebolehan luar biasa (gifted students).
4. Murid:
o Pemahaman Diri: Individu boleh menggunakan ujian psikometrik (terutamanya ujian keperibadian atau minat) untuk memahami kekuatan, kelemahan, dan kecenderungan mereka. Ini boleh membantu mereka dalam membuat keputusan dalam kerjaya, hubungan, dan pembangunan peribadi.
Namun, penting untuk diingat bahawa penggunaan ujian psikometrik memerlukan pengetahuan dan latihan khusus. Ujian ini perlu dijalankan oleh individu yang terlatih dalam bidang psikologi atau perundingan sumber manusia untuk memastikan hasil yang sah dan boleh dipercayai.
Setiap pertanyaan atau cadangan boleh dihantar kepada